MAKAN KENDURI

Majlis Perkahwinan. Musim cuti persekolahan juga boleh digelar sebagai musim kahwin. Kenapa? Sebab waktu tu je banyak orang cuti. Tapi, tu bukanlah isu yang aku nak bincangkan. Aku nak cakap pasal, barakah.

Selalunya, majlis perkahwinan, dimulakan dengan doa right? Tapi, ada satu masalah dalam majlis ni. Okay, mari kita berfikir sejenak. Perkahwinan, kalau seorang muslim tu, mestilah mahukan perkahwinan yang penuh dengan barakah kan? Tetapi hakikatnya, perkahwinan budaya orang melayu yang aku tengok sekarang ni, tidak menepati syarak Islam. Okay, cerita dia macamni. Pengantin perempuan, pakai baju kebaya, tak pakai tudung. Lepastu, doa dekat Allah dalam majlis tu, supaya diberi keberkatan, supaya diberi kerahmatan. Macamana tu? Mana boleh macamtu. Jika inginkan satu perkahwinan yang penuh dengan barakah,  perlulah memulakan perkahwinan itu dengan barakah. Kena lah tutup aurat. Kena lah patuh pada perintah Allah. Bukan melanggar perintahNya tetapi meminta daripada Dia. Itu, bukan cara meminta barakah dan rahmat daripada Allah. Andaikan korang seorang miskin yang menghina orang kaya dibelakang, tetapi meminta sumbangan daripada mereka dihadapan dengan kata-kata yang disusun rapi. Manis je mulut meminta tu. Tapi, perbuatan tidak dijaga.

Bukan tidak menutup aurat sahaja, bahkan, perkahwinan yang besar-besaran sehingga membawa kepada pembaziran, bukan lagi permulaan sebuah perkahwinan yang penuh barakah. Sebaliknya, ia adalah permulaan kepada sebuah perkahwinan yang mengajar pembaziran. Nanti anak cucu kahwin, semua membazir. Tak boleh lah macamtu.

Jadi, kesimpulannya, budaya ini perlulah dielakkan, untuk mencapai barakah didalam perkahwinan itu. Kamu ikut perintah Allah, dan mintalah apa sahaja daripadaNya. Okay gang? Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment

Dua tiga batman datang, mana nak sama dengan tony stark.
Pantun ni aku taktau nak habis camana, hang komen je lah.