SUBUH

Setiap pagi
Selesanya aku diselimut kedinginan
Ah
Bagai syurga sedang aku diami
Pintu dibuka
Lampu terpasang
"Bangun, sembahyang subuh"
Itu yang sentiasa terdengar dikala pagi yang sunyi
Aduh
Malasnya hendak ku bangun
Malasnya menyentuh air
Terasa berat sekali untuk ku tinggalkan tempat keselesaanku
Tetapi
Jauh dihatiku
"Jangan merungut"
"Itu tanggungjawabmu"
Lalu aku bangun
Penuh keberatan
Tetapi didalam jiwaku ini hanya satu
Hanya kerana harapan
Seusai urusanku
Kembali aku terbaring
Terfikir aku tersenyum
"Kan senang. Tidurlah kau sepuasnya"

No comments:

Post a Comment

Dua tiga batman datang, mana nak sama dengan tony stark.
Pantun ni aku taktau nak habis camana, hang komen je lah.