Showing posts with label Mind Extract. Show all posts
Showing posts with label Mind Extract. Show all posts

. SEMUT

Dia
Selalu ada bila aku berduka
Bila ditanya kenapa
Bestfriend forever katanya
Sering sekali beri kata-kata
Yang buat aku berfikir seketika
Selalu suruh aku relax
Mengalahkan lagu skrillex
Dia yang kadang-kadang faham
Pernah ketika blur terpadam
Kawan macam makan chewing gum
Tarik tarik tetap genggam
Aku mahu jadi juruterbang
Tapi masalah mata aku kecundang
Aku tegas terus bermimpi
Mimpi harap sampai ke bintang
Bertanya ke tuhan kenapa begini
Jawapan pasti ada hikmah tersendiri
Tekad di hati untuk berjaya
Belajar di mekdi bersama-sama
Itulah aku suka bermimpi
Biar menang jangan berhenti.

TYRANNOSAURUS REX

Rasa bersalah, selalu tetap dalam hati aku.
hampir semua benda, mungkin puncanya aku.
daripada itu, aku mula maafkan orang.
tetapi kadang-kadang, bukan untuk aku.
senyuman, cuma buatan.
tiada ikhlas,  hanya ciptaan
puisi cela, yang aku cipta.
tak ada manfaat, hanya luahan.
kadang-kadang berbelit.
kadang-kadang terang.
hakikat, dunia tidak selalu terang.


YAOMING

Kawan kata, aku pandai.
tapi aku banyak yaoming je.
betul ke?
aku pon tak pasti.
kadang-kadang, aku boleh buat sesuatu benda tu.
sebab aku excited mungkin.
kadang-kadang, aku buntu nak menangis.
sampai aku give-up.
hidup aku tak seimbang.
kadang-kadang pandai.
kadang-kadang bodoh.
tapi tak bermakna aku boleh berhenti.
sebab berhenti, tandanya mati.


Humanity

Throughout the ages,
Since the dawn of sentience,
Humanity has been progressing.
We have become a civilization worthy of pride.
We have connected cultures,
Through art, language and science.
Our knowledge of the universe has touched the cosmos.
Many people have made, and will continue making this world a better place.
But no matter how much we try,
No matter what is done,
The one thing we can't seem to rid ourselves of
Is human stupidity.


MAKAN KENDURI

Majlis Perkahwinan. Musim cuti persekolahan juga boleh digelar sebagai musim kahwin. Kenapa? Sebab waktu tu je banyak orang cuti. Tapi, tu bukanlah isu yang aku nak bincangkan. Aku nak cakap pasal, barakah.

Selalunya, majlis perkahwinan, dimulakan dengan doa right? Tapi, ada satu masalah dalam majlis ni. Okay, mari kita berfikir sejenak. Perkahwinan, kalau seorang muslim tu, mestilah mahukan perkahwinan yang penuh dengan barakah kan? Tetapi hakikatnya, perkahwinan budaya orang melayu yang aku tengok sekarang ni, tidak menepati syarak Islam. Okay, cerita dia macamni. Pengantin perempuan, pakai baju kebaya, tak pakai tudung. Lepastu, doa dekat Allah dalam majlis tu, supaya diberi keberkatan, supaya diberi kerahmatan. Macamana tu? Mana boleh macamtu. Jika inginkan satu perkahwinan yang penuh dengan barakah,  perlulah memulakan perkahwinan itu dengan barakah. Kena lah tutup aurat. Kena lah patuh pada perintah Allah. Bukan melanggar perintahNya tetapi meminta daripada Dia. Itu, bukan cara meminta barakah dan rahmat daripada Allah. Andaikan korang seorang miskin yang menghina orang kaya dibelakang, tetapi meminta sumbangan daripada mereka dihadapan dengan kata-kata yang disusun rapi. Manis je mulut meminta tu. Tapi, perbuatan tidak dijaga.

Bukan tidak menutup aurat sahaja, bahkan, perkahwinan yang besar-besaran sehingga membawa kepada pembaziran, bukan lagi permulaan sebuah perkahwinan yang penuh barakah. Sebaliknya, ia adalah permulaan kepada sebuah perkahwinan yang mengajar pembaziran. Nanti anak cucu kahwin, semua membazir. Tak boleh lah macamtu.

Jadi, kesimpulannya, budaya ini perlulah dielakkan, untuk mencapai barakah didalam perkahwinan itu. Kamu ikut perintah Allah, dan mintalah apa sahaja daripadaNya. Okay gang? Assalamualaikum :)


Think Positive!

Not everyone in this world is a bad guy. Some are bad some are good. As a people, do think positive of other people. Its not so bad. For example when your friend does not come to class, do not say "Maybe he go hang out with his friend at the Mall". Remember, if that was not true, you will be accused for fitnah and in Islam, the sin is like killing people. Otherwise, think positively like "Maybe he is sick and can't go to class". Even it is not true, but you are away from sin.

As usual, i got a cool video of cctv camera around the world that capture a good things too. Enjoy and Assalamualaikum!


Sorry for my bad English. 

Aurat oh Aurat.

Assalamualaikum semua. Pernahkah timbul persoalan diminda korang "sempurnakah kehidupan aku?". Kalau pernah, buatlah sesuatu. Supaya hidup kita menjadi lebih sempurna. *apa punya ayat daaa. So, dalam entri kali ni, aku nak cerita pasal aurat dan entri ini lebih dikhaskan kepada muslimah diluar sana. Kenapa aurat penting? Salah satunya seperti yang aku cakap tadi, supaya hidup kita lebih sempurna. Juga yang paling penting ialah kita mengikut perintah Allah. Sepertimana Allah telah berfirman didalam surah An-Nur ayat 31:


Sebenarnya, bukan ikhwan ingin mengulas lebih panjang tentang aurat ini, tetapi ikhwan nak tunjuk satu video yang sangat menarik penyampaiannya yang mungkin mampu memberi kesan yang positif kepada korang. Enjoy video ni dan harap dapat apa yang disampaikan. InsyaAllah.



Moga-moga muslimah di luar sana sedar akan apa yang telah mereka lakukan. Mudah-mudahan, kehidupan kita menjadi sempurna dan diredhai oleh Allah.

*intro tahpape tah entri ni. lol.