Israk wa Mikraj



Masih ingatkah lagi kita tentang peristiwa Israk Mikraj? Peristiwa dimana Nabi kita Muhammad SAW naik ke langit tertinggi bertemu dengan Allah. Sekali lagi kita lalui hari ini 27 Rejab, hari peristiwa ini berlaku pada 622M yang lalu. Juga tahun ini dinamakan tahun dukacita kerana Nabi Muhammad kehilangan bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.

Oleh kerana itu, Allah menghadiahkan mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad iaitu 'trip' pergi dan balik daripada Makkah ke Palestin dan seterusnya ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah. Ketika didalam perjalanan, Nabi bertemu dengan pelbagai perkara, suasana dan gambaran yang aneh dan semestinya bukti kebesaran Allah.

Nabi Muhammad juga bertemu dengan Nabi Ibrahim dan baginda berkata
"Sampaikan salamku kepada umatmu wahai Muhammad dan beritahu mereka syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya itu adalah 5 kalimah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Laila Hailallah, Allahuakbar, La Hawlawa Quwata Illa Billah.

Dalam peristiwa ini juga menunjukkan betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad didalam peristiwa baginda menemui Allah dan Allah telah memfardhukan kepada umat Nabi Muhammad solat 50 waktu. Tetapi setelah 9 kali ulang-alik naik ke Arasy Allah, akhirnya Allah mewajibkan umat Nabi Muhammad solat hanya 5 waktu tetapi pahalanya tetap sama dengan 50 waktu.

Solat itu sangat istimewa sehingga Allah sendiri menyampaikan terus wahyu ini kepada Nabi Muhammad. Kenapa ia sangat istimewa? Kerana solat itu adalah tiang agama dan tanpa solat, kehidupan seseorang itu tidak akan sempurna.

Sesungguhnya kita manusia janganlah sombong dan bongkak, kerana Nabi naik buraq dengan kelajuan cahaya pun tidak sombong, inikan kita manusia biasa kenapa mahu sombong?

Kalau korang nak baca lagi tentang peristiwa Israk dan Mikraj ni, tekan link yang aku bagi ni: http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html

No comments:

Post a Comment

Dua tiga batman datang, mana nak sama dengan tony stark.
Pantun ni aku taktau nak habis camana, hang komen je lah.